MEMIS

5 sebab wifi anda Slow

1. Router yang lemah 

Biasanya TM, Time atau Maxis (ISP) akan bagi router yang sesuai dengan kelajuan pakej yang korang langgan. Isu pakai router noob ni muncul bila korang baru je ditawarkan speed upgrade. Lepas upgrade pakej, kalau diperlukan, biasanya ISP akan jadualkan technician untuk datang dan upgrade korang punya router. Call customer service ISP korang untuk check perlu upgrade router atau tidak. Kalau diorang cakap perlu nanti diorang jadualkan technician untuk datang.

2. Router diletakkan dalam tempat tertutup

Ada orang suka letak router belakang almari dekat dinding lah, dalam almari kaca lah. Bila ada benda menghalang signal, kurangkan kekuatan signal. Letak elok-elok ya! Kalau router tu dalam tempat penuh habuk pun dia overheat, sebabkan wi-fi korang slow. Letak router di tempat yang optima untuk pemancaran signal dan bagi router tu bernafas.

3. Rumah besar/banyak dinding/banyak tingkat
Kalau duduk rumah besar, banyak bilik/dinding, 2-3 tingkat, biasanya router pun struggle nak pancarkan signal yang kuat untuk cover semua tempat.

4. Banyak sangat device dalam satu wi-fi yang sama
Bayangkan ramai-ramai member datang rumah pasang laptop main dota sesama guna satu line wi-fi yang sama. Pastu semua bising lag. Atau member sebelah asyik download movie, kita punya jadi slow. Kebanyakan router yang kita guna sekarang ni hanya mampu berkomunikasi dengan satu wi-fi device pada satu masa je. Kalau banyak device yang bersambung dengan wi-fi yang sama, dapatlah kita merasa network congestion.

5. Network adapter/penerima kat PC korang yang lemah
Kita pakai pakej internet laju tapi komputer korang yang tak laju. Solusi dia, upgrade segala komputer tua kat rumah tu ,Belilah wi-fi adapter (wi-fi receiver) yang laju. Contohnya jenis tulis AC1200. Tak kira jenama, beli jenis AC1200 at least, barulah sedap nak guna dengan plan 300Mbps dan boleh guna wifi 5GHz. Barulah laju!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top