MEMIS

Lindungi Diri Anda Di Internet Sebelum Terlambat!

Internet digunakan untuk pelbagai urusan harian, dari menghubungi kenalan ke urusan yang besar seperti menguruskan projek. Jadi, semestinya terdapat informasi peribadi yang kita gunakan untuk melakukan urusan-urusan tersebut. Jika kita tidak berjaga-jaga, maklumat kita boleh dicuri dan disalah guna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Antara perkara buruk yang boleh berlaku ialah alamat rumah kita boleh dicuri untuk mengganggu hidup kita sekeluarga dan maklumat perbankan kita boleh digunakan untuk melakukan kecurian harta secara atas talian. Jadi ia sangatlah penting untuk melindungi maklumat kita di internet. Antara cara yang berkesan untuk mengelakkan maklumat kita dicuri ialah

1. Sentiasa menggunakan kata laluan yang kuat untuk wifi kita sendiri dan akaun-akaun yang kita gunakan di internet dan kita tidak patut menggunakan kata laluan yang sama untuk setiap akaun supaya ia tidak mudah diceroboh oleh orang luar.

2. Selalu berwaspada dengan “public” wifi, kerana ini adalah salah satu cara untuk mengawasi dan mecuri maklumat anda.

3. Selalu periksa transaksi di akaun perbankan anda dan jangan terus mempercayai panggilan yang mengatakan mereka itu pihak bank atau polis.

4. Anda boleh menambah keselamatan akaun di internet dengan menggunakan “2-Factor Authentication”, cara ini melindungi akaun anda sekiranya kata laluan anda diketahui orang lain. Anda juga boleh selalu menukar kata laluan untuk lebih selamat.

5. Pastikan laman web yang anda layari selamat dan bukan laman web yang palsu. Ini kerana terdapat laman web yang dibuat untuk menceroboh maklumat anda dan mungkin menghantar virus yang merosakkan atau memberi akses kepada komputer dan telefon pintar anda.

6. Jangan terus tekan link yang ada di e-mail tanpa mengesahkan link tersebut boleh dipercayai. Penghantaran e-mail yang mengandungi link adalah cara yang sering diguna untuk mencuri maklumat di internet. Keselamatan di internet sangatlah penting kerana satu kesilapan boleh merosakkan kehidupan kita.

Oleh itu, kita perlu berhati-hati dan mengajar tentang perkara ini kepada anak atau adik yang masih kecil dan juga orang tua yang kurang mahir untuk menggunakan internet supaya keselamatan mereka terjamin.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top